Friday 30 August 2013

My Lab Task 3

Lab Task 3

My Assignment 2

Assignment 2

Pengalaman bersalin...

Assalammualaikum... Apa kabar semua.. new post harini pasal pengalaman bersalin. Bila fikir2 balik time mengandung pastu melahirkan anak rasa seronok sangat. Excited terlebih sampaikan sanggup berjalan satu OU bershopping. Masa tu dengan keadaan perut yang membesar memang tk boleh ingat. Skang anak-anak sume dah besar. Sekejap je rasanya. Masa mengandung tu macam2 yang aku fikir. Boleh ke hubby aku ni jaga baby, dukung baby, buat susu. Yelah dia anak bongsu mana ada adik.. Tapi mcm yang mak aku cakap benda ni automatic. Dia akan tau sendiri. Alhamdulillah.. rasa seronok bila tengok hubby dukung aqil masa tu.. Rasa lengkap hidup aku sebagai seorang isteri.
Ok, nama penuh dia Aqil Harith.. umur skang 6 tahun. Yang sedihnya time pregnant kan Aqil ni tkde 3D pic so tk dpt nk tunjuk camne rupa dia masa dlm perut. Tapi yang pasti rambut dia memang lebat giler masa kuar dari perut.. tak tau pe yang aku makan sampaikan rambut dia mcm tu. Mak mentua aku ckp mungkin aku ada makan rebung tp tak ingat plak aku ada makan rebung. Tapi yang paling aku ingat time tu musim buah rambutan so aku makan rambutan rasanya.. hahaha.. :P Bila tengok mata dia rasa tenang sangat,. Even mak aku pun cakap mcm tu. Mata dia wat kita jatuh hati. Ingat lagi dulu2 masa bagi dia minum susu. mata dia tak lepas tenung mata kita. Dari segi sikap biasalah budak semakin membesar ni lasak la sket.. Nakal tu biasalah. Memang mencabar nak besarkan anak-anak ni. Kena banyak bersabar tp kadang2 hilang juga sabarnya. Kena banyak belajar dari mak kita. Steady je jaga anak tkde terpekik terlolong mcm kita skang hehehe. Kalau kita tengok selalu dalam keluarga mesti salah seorang mak atau ayan akan garang. Kalau tak maknya yang garang, mesti ayah yang garang. Tapi pengalaman aku, my mom yang garang hehehe.. ayah cool je. Tapi bila dia dh marah, haaa siaplah. Satu benda yang aku perasan, Aqil memang ada sifat seorang abang.. Memang jaga adik dia walaupun kadang2 tu bergaduh. hehehe.. yang adik suka menyakat abang. Itulah dia sedikit sebanyak citer tentang Aqil Harith.. Tahun depan dah masuk darjah satu. Sekejap je rasanya. Tak sabar nak tengok dia masuk sekolah rendah.. hehehe lepas ni adik dia pulak. Pastu mama dia plak grad. Bestnya hihihihi Oklah setakat ni je story for today. InsyaAllah kalau ada masa aku update lagi blog ni so bila korang boring2 boleh la baca walaupun takde byk sangat information. After this kita share pasal hobi ye.. Actually kita kena ada hobi tau. Nanti kita citer pasal hobi ye.. Jumpa lagi!!

Friday 23 August 2013

Raya 2013

Raya tahun ni memang meriah sebabnya dapat cuti awal. Lagi seronok bila adik beradik sume dapat berkumpul kat kampung. Meriahhhh sgt :). Yang best mak cuci kaki tahun ni sebab anak-anak yang memasak. Mak cuma jadi guru je.. di sebabkan taknk dapur mak berkecah2, kitaorg pun masak la kat luar guna kayu api. Perghhh mmg mencabar sebab bulan pose ;)
ketupat yang dianyam oleh saya... ~Ngee
Rendang daging.. yang ni belum kering lagi. Baru masuk kerisik
Sambal ayam.. favourite anak cucu hihihi. Yang ni tak masuk lagi ayamnya.. tengah nak garingkan cili tu. Masak siap pakai chentong tu yang tak tahan., mcm tengah kacau dodol ngeh2x
Yang ni kari ayam tua.. sepatutnya kari itik tapi itik ada seekor je tak cukup jadi gantikan dengan ayam tua.. sedap jugak..
Yang last ni special sikit.. Namanya pulut periuk kera. 1st time buat ni. Akak ipar beli kelonsong periuk kera tu pastu kita masukkan la beras pulut & santan. Lepas tu kukus. Rasa dia mcm lemang cuma dia lembut sikit dari lemang sebab kita kukus..
menarik jugak bila tengok balik gambar-gambar candid ni.. itu saje untuk hari ni.. bye!

My Cute Little Girl... Alysa Hannah

Story pagi ni pasal anak I yang bongsu.. Nama penuh Alysa Hannah. Nama manje Icha.. Saje nak tunjuk gambar2 dia dari kecik sampai la umur 4 tahun. Gambar bawah ni masa dia dalam perut hehehe.. yang ni pulak lepas dia kuar dari perut hehehe Icha dibuli oleh mak-mak sedara dia.. ini gambar Alysa yang dah besar.. dh pandai bercakap, melawan, melawa.. tapi dia tetap baby mama :) mulut dia tersangat la becok sampai satu masa bila dia bercakap memang tak berhenti. Baik dalam kereta ke, kat rumah ke.. haihhh yang penat melayan tentulah mama dia. Kalau nak harapkan papa memang la tak kot sebab bila Icha bercakap papa senyum je.. penah sekali dia tanya, "Mama kenapa bila Icha cakap dengan papa, papa senyum je.. papa takde suara ke". Amik kau.. nak jawab apa? ngeh2x.
Satu hari di petang raya nan indah, masa tu tengah nak mandikan dia.. mcm biasa bila nk mandi mesti dia akan cakap, "Mama, tolong mandikan Icha".. so masa tengah mandi tu berlaku la perbualan antara mak dengan anak.
Mama : Icha kan pandai mandi sendiri..
Anak : Icha nak mama mandikan.. tknk papa mandi sebab nnt papa sabun muka icha
Mama : Ngada2 la icha ni..
Anak : Mama dah kawin dengan papa?
Mama : Tarik nafas sebelum jawan soalan si kecik ni.. "Dah kawin la.. kalau mama tak kawin, mama tk dapat icha.. (Ada2 aje soalan dia)
Anak : Kalau mama dah kawin kan.. icha nak adik la.. nanti icha bole jaga adik.
Mama : Erkkk.. Icha kan adik.. baby mama, baby papa..
Anak : Icha kakak la mama.. nanti Icha bole jaga adik. Icha nak baby mcm Irfan
Mama : Dah2 cepat mandi.. jangan cakap yang bukan2..
haihhh.. terus tak tau nak cakap apa.. Tapi bila dia tkde memang sunyi la rumah. Cepat je rasa dia besar. Tahun depan dah nak sekolah. Tu la sedikit cerita tentang Alysa Hannah saya yang sangat keletah & kuat mengadu!!

Bas jatuh gaung di Genting Highland

Negara telah di gemparkan dengan kejadian bas jatuh ke dalam gaung di Genting pada hari Rabu lepas. Sangat menyayat hati.. seramai 37 orang terkorban dan 16 orang yang cedera kalau tak silap. Siapa yang harus dipersalahkan. Mungkin pemandu bas yang tidak berhati-hati atau keadaan bas yang usang.
Operasi menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa dari gaung. Petugas yang menyelamatkan mangsa..
keadaan gaung yang curam.. sangat menakutkan
Jadi kepada semua pemandu, sila memandu dengan berhati-hati. Jangan disebabkan oleh kesilapan anda, orang lain yang menjadi korban.

Wednesday 21 August 2013

My Lab Task 1

Lab task 1

2nd class... and 1st time become blogger :)

hey.. it's me!! first time buat blog memang kelakar hahaha.. tak tau nak post apa. Belajar benda yang baru harini. Macam my lecturer cakap belajar jadi syok sendiri ngeh3x. So jom cari mood untuk update my blog!!